Pintu taubat senantiasa terbuka

Allah SWT sangat suka dan gembira jika ada hamba yang ingin bertaubat dan kembali kepada-Nya. Pintu taubat sentiasa terbuka untuk sesiapa juga yang ingin kembali kepada-Nya kerana rahmat Allah itu sangat luas.

Sebanyak manapun dosa yang pernah dilakukan manusia, Allah tetap akan mengampuninya dengan syarat mereka mahu kembali kepada Allah bila-bila saja dan tidak kira di mana juga.

Allah SWT tetap menerima taubat hamba-Nya selagi masih bernafas dan nyawanya belum sampai ke kerongkong, selagi itu pintu taubat terus terbuka tidak kira sebanyak mana atau sebesar mana dosa dilakukan.

Nabi Muhammad SAW menceritakan dalam hadis Baginda kisah seorang lelaki yang membunuh 100 orang kembali kepada Allah dan bertaubat kepada-Nya, akhirnya lelaki itu diampuni Allah dan masuk syurga. Maka jangan kita memberi alasan Allah tidak menerima taubat untuk melengah-lengahkan daripada segera bertaubat kepada Allah.

Dr Aidh Abdullah al-Qarni dalam karangannya Warisan Peninggalan Nabi menegaskan Allah sangat gembira jika ada hamba-Nya yang bertaubat. Jadi tidak layak bagi seseorang untuk berburuk sangka bahawa Allah tidak akan menerima taubat dan menyeksanya.

Beliau kemudian menjuruskan pesanan kepada anak muda hari ini yang terlanjur dengan dosa dan maksiat kemudian terus menerus melakukan maksiat kerana menganggap Allah sudah tidak lagi menerima taubatnya.

Ini satu kesilapan besar serta tanggapan yang salah. Dr Aidh menjelaskan, ramai yang lupa atau sama sekali tidak mengetahui Allah menerima taubat orang yang bertaubat. Allah menerima taubat seorang lelaki Yahudi yang membunuh 100 orang.
Pasti ramai tertanya bagaimana caranya untuk bertaubat dan kembali kepada Allah SWT. Nabi SAW menyebut dalam hadis yang disahihkan al-Albani dalam Misykat yang diriwayatkan oleh Abu Daud, al-Tirmizi, Ibn Majah dan Ahmad.

Rasulullah SAW bersabda: Tidaklah seorang hamba melakukan suatu dosa kemudian ia berwuduk dan solat dua rakaat lalu beristighfar kepada Allah dari dosa itu, kecuali Allah mengampuninya.

Kemudian Rasulullah SAW membaca ayat: Dan (juga) orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui. (Surah Ali-Imran, ayat 135)

Solat dua rakaat yang Nabi sebut dalam hadis di atas ialah solat sunat taubat, amal yang pasti dan sahih bentuknya. Maka sedarlah kita semua pintu taubat masih terus terbuka selagi mana kita mahu kembali kepada-Nya.

pintu taubat
Iklan

Tentang anisakhumaira

Mungkin ini hanya sebuah kisah tentang hidupku yang keadaan dengan sederhana .Perjalanan hidupku hanya mampu ku tempuh dengan semua ini.Aku hanya wanita yang bisa mengejar impianku dengan usahaku,kerja kerasku,dan kemampuanku.Semua orang tidak pernah jauh dengan kata sukses bahkan itu adalah harapan bagi manusia ,begitu pun aku yang menjalankan segala hal dengan penuh kerja keras hanya untuk sepatah kata itu . Didalam hidupku aku mengejapkan hatiku untuk tidak hanya sekedar kata sukses yng mampu ku ungkpan tetapi dengan cara menjalani semua itu
Pos ini dipublikasikan di Uncategorized. Tandai permalink.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: